You are here
berita 

Majikan paksa pekerja koyak duit sendiri kerana tak capai sasaran

EMPAT daripada lima pekerja berkenaan dirakam mengoyakkan not 100 yuan milik mereka sendiri. – Agensi

Jinan: Lima pekerja sebuah kedai di sini dipaksa mengoyak wang kertas 100 yuan (RM65) milik sendiri oleh majikan mereka selepas gagal mencapai sasaran mengagihkan 100 risalah sehari.

Dalam video yang dimuat naik di People’s Daily Online kelmarin, lima pekerja muda itu dilihat berdiri di hadapan kedai dan disuruh mengoyakkan wang berkenaan.

Mereka kelihatan dengan berat hati menggeluarkan not 100 yuan dari poket masing-masing dan mengoyakannya.

Kejadian itu dilapor berlaku di hadapan sebuah kedai barangan elektrik yang sedang diubah suai.

Pengurus kedai bernama Liu mengecam kelima-lima kakitangannya kerana gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Tindakan pengurus itu mendapat perhatian polis.

Ketika disoal siasat, Liu berkata, ia cara mendidik kakitangannya supaya tidak membuang masa dan membazir sumber syarikat.

Bagaimanapun, polis memberinya amaran di samping denda 1,000 yuan (RM650).

Polis Jinan juga memberi amaran kepada kelima-lima pekerja terbabit dan mengingatkan mereka mengenai kesalahan mengoyakkan wang kertas yuan boleh menyebabkan mereka didenda sebanyak 10,000 yuan (RM6,500).

Kedai itu yang akan dibuka semula minggu depan mempunyai sasaran jualan yang tinggi dalam masa empat hari.

Pengguna Twitter di China mengecam tindakan majikan terbabit dengan seorang bernama ‘Chandra’ menulis: “Ia hukuman yang mengarut. Majikan itu sepatutnya tahu hukuman terhadap kesalahan mengoyakkan wang kertas negara.”

Mengoyak wang kertas merupakan satu kesalahan di China.

http://www.hmetro.com.my/node/217269

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts