You are here
berita 

Lulus permit anjur kursus kahwin tak ikut prosedur, 4 pegawai agama JAIN ditahan SPRM

Quote:

Johor Bahru: Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pegawai Bahagian Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berusia 40 dan 55 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas disyaki terbabit rasuah dan salah guna kuasa

Mereka ditahan di pejabat SPRM Johor ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung siasatan

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek menyalahgunakan kedudukan mereka di Bahagian Undang-Undang Syariah JAINJ dengan meluluskan permit penganjuran kursus pra perkahwinan Islam tanpa melalui prosedur

“Suspek dipercayai meluluskan permit penganjuran kursus pra perkahwinan Islam melalui Badan Kebajikan dan Sukan yang ditubuhkan Bahagian Undang-Undang Syariah JAINJ. Badan itu tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan dipengerusikan Ketua Penolong Pengarah itu yang menganjurkan kursus pra perkahwinan sejak 2015 hingga kini,” katanya

Sumber itu berkata, sejak 2015 hingga 2016, kutipan bayaran peserta kursus berjumlah kira-kira RM130,000 dimasukkan ke dalam akaun Badan Kebajikan dan Sukan terbabit

Selain itu, duit itu juga disyaki disalahgunakan untuk ahli mengerjakan umrah, melancong ke luar negara dan lain-lain aktiviti yang bersifat peribadi

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Sementara itu, dalam kes berasingan, SPRM menahan Pegawai Pendidikan Agama Daerah Johor Bahru yang bertugas di Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) Johor Bahru kerana disyaki menerima wang rasuah daripada sebuah syarikat percetakan yang mencetak buku bagi Sekolah Agama Rakyat Negeri Johor

SPRM turut menahan seorang lagi pegawai agama bertugas di jabatan yang sama

Kedua-duanya yang berusia 45 dan 55 tahun ditahan di pejabat SPRM Johor jam 4.15 petang tadi ketika hadir untuk dirakam percakapan

Sumber berkata, suspek disyaki menerima wang rasuah daripada sebuah syarikat sebagai balasan memberi projek mencetak buku dan kitab sekolah agama rakyat yang dianggarkan bernilai kira-kira RM5 juta sejak 2015 sehingga kini

“SPRM turut merampas kenderaan milik dua suspek iaitu Toyota Alphard, Chevrolet Malibu, Toyota Hilux, Mini Cooper, Honda CRV dan Perodua Axia

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan semua tangkapan itu dan suspek dijangka direman esok di Mahkamah Majistret Johor Bahru

http://www.hmetro.com.my/node/207563


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts