You are here
berita 

Lori terbalik elak kereta Perodua Kancil yang terbabas ke laluan bertentangan

SEBUAH lori yang terbalik selepas cuba mengelak sebuah kereta di Kampung Lambar, Nilai petang tadi

Quote:

SEREMBAN 2 Feb. – Empat orang cedera ringan selepas sebuah kereta Perodua Kancil nyaris bertembung dengan sebuah lori di Jalan Labu berhampiran Kampung Lambar di sini, petang tadi

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, lori lima tan tersebut terbalik di tengah jalan selepas mengelak kereta Perodua Kancil dinaiki empat mangsa yang yang hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd. Fauzi Shamir berkata, seramai 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian bersama dua jentera sebaik menerima panggilan kecemasan

Menurutnya, berdasarkan maklumat pemandu kenderaan berat itu, B. Thinakaran, 46, kemalangan berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Nilai menuju ke Labu untuk mengambil perabot

“Apabila tiba di lokasi kejadian, dia cuba mengelak sebuah kereta yang memasuki laluannya sehingga menyebabkan lori terbalik

“Pemandu lori tidak cedera manakala saksi di lokasi kejadian memaklumkan empat mangsa yang menaiki Perodua Kancil telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini

Mohd. Fauzi berkata, pasukan bomba mengambil masa 15 minit bagi mengalih dan membersihkan tumpahan minyak dari lori berkenaan

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/naha….KEki3LF5.dpuf


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts