You are here
berita 

Liwat budak 4 tahun, lelaki dipenjara 17 tahun

TERTUDUH kes liwat dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kuching selepas dihukum penjara 17 tahun dan 10 sebatan.

PETRA JAYA: Seorang lelaki dihukum penjara 17 tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana meliwat seorang kanak-kanak berusia empat tahun, bulan lalu.

Hakim Timothy Finlayson Joel, menjatuhkan hukuman itu mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan bertentangan tabii tanpa kerelaan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh membuat kesalahan itu beberapa kali di rumahnya bulan lalu sebelum ditahan pada 10 November.

Hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.

Dalam prosiding hari ini, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu untuk hukuman lebih ringan atas alasan sedang menjalani rawatan sakit mental.

Bagaimanapun, hakim menolak permohonan itu kerana rawatan mental yang dijalani tertuduh ialah 12 tahun lalu.

http://www.bharian.com.my/node/224414

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts