You are here
berita 

Lima terbunuh kereta api tergelincir, meletup

Pandangan dari udara menunjukkan kemusnahan yang berlaku di lokasi kereta api tergelincir dan meletup di Bulgaria. – Foto Reuters

HITRINO – BULGARIA. Lima terbunuh manakala 27 lagi cedera selepas sebuah kereta api yang membawa 20 tangki gas propylene dan propane butane tergelincir dan meletup.

Menurut laporan Dailymail, kereta api tersebut tergelincir di sebuah kampung selepas bertolak dari pelabuhan di Varna kira-kria jam 5.37 pagi waktu tempatan hari ini.

“Lima mangsa disahkan terbunuh ketika ini,” kata kenyataan dari Kementerian Dalam Negeri Bulgaria.

Sekurang-kurangnya 200 pasukan bomba dikerahkan untuk memadam api kebakaran yang telah menyebabkan lebih 50 rumah rosak.

40 keluarga yang tinggal berdekatan tempat kejadian pula telah selamat dipindahkan.

“Keadaan di tempat kejadian sangat dahsyat. 12 mangsa ditemui di bawah runtuhan kediaman berhampiran dan pasukan pencari dan menyelamat masih menjalankan operasi,” kata Ketua Pasukan Pertahanan Awam, Nikolay Nikolov.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts