You are here
berita 

Lemas ketika mandi kolam

Quote:

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki lemas ketika mandi dalam kolam berhampiran tapak pembinaan rumah di Taman Mawar di sini, petang tadi

Azrieshah Adamsah, 12, dikatakan mandi di kolam terbabit yang terletak berhampiran rumah ibu saudaranya, bersama dua rakan kira-kira jam 4 petang. Bagaimanapun, mangsa dipercayai lemas sebelum dua rakannya meminta bantuan orang awam yang menghubungi bomba

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata bomba menerima panggilan pada jam 4.39 petang sebelum menghantar 13 anggota bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR)

“Mangsa ditemui kira-kira jam 5.30 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian,” katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/230348


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts