You are here
berita 

Lelaki warga Korea Selatan ditemukan mati di kondominium

Hasil laporan bedah siasat, lelaki berumur 42 tahun itu mati akibat sakit jantung kira-kira empat hari lepas berdasarkan kesan pereputan pada mayat. – Gambar Hiasan

Quote:

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Korea Selatan ditemukan mati di sebuah kondominium di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, semalam

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata hasil laporan bedah siasat, lelaki berumur 42 tahun itu mati akibat sakit jantung kira-kira empat hari lepas berdasarkan kesan pereputan pada mayat

“Mayat kini berada di Hospital Kuala Lumpur dan pihak kedutaan Korea Selatan telah dimaklumkan bagi mengesan anggota keluarganya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini

Menurutnya polis dimaklumkan kes itu selepas menerima panggilan daripada seorang pengawal keselamatan kondominum berkenaan pada 10.41 malam tadi yang terhidu bau busuk dari dalam rumah lelaki itu

Beliau berkata polis dan pengawal keselamatan terpaksa menendang pintu bagi membukanya dan menemukan mayat lelaki itu dalam keadaan tertiarap di atas katil

Munusamy berkata daripada maklumat ejen yang mengurus sewa unit kondominium itu, lelaki asing itu datang ke Malaysia untuk mempelajari bahasa Inggeris dan menyewa kediaman itu sejak Mei tahun lepas

http://www.astroawani.com/berita-mal…ominium-135111


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts