You are here
berita 

Lelaki tersangkut dalam tiang lampu di China

LELAKI itu kelihatan lemah selepas diselamatkan kerana terlalu lama terperangkap. FOTO Agensi

Qingyang (China): Seorang lelaki di bandar ini hampir maut akibat kelemasan selepas dia masuk dan terperangkap di dalam tiang lampu.

Lelaki itu yang dipercayai mabuk dilaporkan merangkak masuk ke dalam sebatang tiang lampu sepanjang 20 meter yang diletakkan di tepi jalan pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, dia terperangkap selepas masuk hingga ke hujung tiang lampu itu yang semakin sempit.

Seorang pengguna jalan raya menghubungi bomba selepas mendengar lelaki itu menjerit meminta tolong dari dalam tiang lampu berkenaan.

Tidak diketahui berapa lama lelaki itu terperangkap di dalam tiang lampu itu tetapi ketika bomba sampai, mangsa sudah menunjukkan tanda dia kelemasan.

http://www.hmetro.com.my/node/198196

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts