You are here
berita 

Lelaki terjun Sungai Besut elak ditahan polis dikhuatiri lemas

Quote:

HULU BESUT – Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila terjun ke Sungai Besut dekat Simpang Lata Tembakah di sini dipercayai untuk mengelak daripada ditahan polis petang tadi

Lelaki berusia 28 tahun yang dipercayai pengedar dadah itu melarikan diri daripada polis yang ingin menjalankan pemeriksaan terhadap suspek

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, dalam kejadian jam 5.20 petang tadi suspek yang memandu kereta Perodua Axia bertindak keluar daripada keretanya dan terjun ke dalam sungai berhampiran itu

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang identitinya dikenali telah dilancarkan

Menurutnya, pemeriksaan lanjut polis turut menemui sejumlah pil dipercayai dadah

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…polis-1.611436


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts