You are here
berita 

Lelaki perkosa anjing diharam dekati haiwan itu


Chung Lin-Fai. – Foto sumber Shanghaiist.

HONG KONG – Mahkamah mengharamkan seorang lelaki daripada mendekati anjing sementara menunggu perbicaraan akibat merogol haiwan tersebut.

Menurut laporan Shanghaiist, saksi mendakwa ternampak Chung Lin-Fai, 58 mengumpan seekor anjing betina ke dalam semak dengan menggunakan makanan.

Saksi tersebut kemudian menemui anjing tersebut cedera dan membawanya ke klinik haiwan.

Doktor haiwan dilaporkan menemui air mani manusia pada haiwan tersebut.

Chung yang dibebaskan dengan jaminan polis kini menunggu laporan ujian DNA dan perbicaraan.

Jika disabitkan kesalahan, Chung berkemungkinan dipenjara sehingga 10 tahun dan denda.

http://www.sinarharian.com.my/global…n-itu-1.628751

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts