You are here
berita 

Lelaki nyaris maut dipanah 3 kali kerana berebut harta

Quote:



MANSIYA kini dalam keadaan stabil. – DM


New Delhi: Kerana pertengkaran harta, seorang lelaki nyaris maut dipanah abangnya menyebabkannya terpaksa melalui perjalanan 249 kilometer (km) dengan tiga anak panah menembusi badannya untuk rawatan.

Mansiya Marai, 24, cedera diserang abangnya Tala menggunakan busar dan panah tradisional akibat pertengkaran mengenai harta keluarga di perkampungan mereka di Alirajpur, Madhya Pradesh.

Satu anak panah menembusi ususnya manakala yang kedua nyaris terkena jantung sebaliknya terbenam di perutnya.

Sementara itu, panah ketiga menembusi tangannya tetapi berjaya ditarik keluar sendiri oleh Mansiya.

Mansiya dibawa ke hospital menaiki beca tetapi dirujuk ke hospital pakar di Indore yang memerlukan perjalanan beberapa jam menaiki ambulans.

http://www.hmetro.com.my/node/200033

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts