You are here
berita 

Lelaki Nepal ditemui sembunyi dalam tandas selepas gagal pecahkan ATM pasar raya

Lelaki Nepal yang ditahan kerana cuba memecahkan mesin ATM. Turut dirampas peralatan yang digunakannya

Quote:

Bukit Mertajam: Lelaki Nepal diberkas polis kerana cuba memecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Bukit Minyak, di sini, 12.10 tengah malam tadi

Dalam kejadian itu, lelaki terbabit ditemui bersembunyi di dalam tandas pasar raya selepas aksinya disedari pengawal keselamatan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa pengawal keselamatan sedang membuat rondaan, dia mendapati bingkai mesin ATM terbuka

Katanya, pengawal keselamatan memaklumkan kejadian itu kepada penyelia dan selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mereka mendapati seorang lelaki sedang membuka bingkai ATM itu sebelum melarikan diri ke tandas

“Pengawal keselamatan dan beberapa pekerja memeriksa tandas sebelum menjumpai suspek sedang menyorok dalam keadaan ketakutan

“Pengurusan pasar raya kemudian menghubungi polis sebelum suspek ditahan serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT) untuk siasatan lanjut,” katanya

Nik Ros Azhan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan

http://www.hmetro.com.my/node/210647


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts