You are here
berita 

Lelaki muatnaik komen hina raja Thailand dipenjara 11 tahun

BANGKOK 27 Jan. – Seorang pemuda tempatan dihukum penjara selama 11 tahun dan empat bulan selepas disabit kesalahan memfitnah raja dan melanggar Akta Jenayah Komputer Thailand berhubung satu komen di laman sosial Facebook tahun lalu.

Menurut peguam, Anon Numpa, anak guamnya, Burin Intin, 28, mengaku bersalah memuat naik satu komen berunsur memfitnah keluarga diraja Thai di Facebook dan aplikasi sembang dalam talian.

Dia dicekup pada 27 April lalu selepas menertai protes aman terhadap kerajaan junta dan ditahan reman tiga hari kemudian.

Anon berkata, beliau akan mengemukakan rayuan supaya hukuman terhadap anak guamnya boleh diringankan, namun tidak akan memohon pengampunan diraja. – REUTERS

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar….M2dnmTMu.dpuf

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts