You are here
berita 

Lelaki menyamar polis minta suapan RM3000, Ditahan SPRM

Quote:

KUALA LUMPUR 16 Feb.- Seorang lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menyamar sebagai anggota polis untuk meminta suapan bernilai RM3,000

Suspek berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3.15 petang ini di kawasan pembinaan, blok pangsapuri di Jalan Bakti di sini

Menurut sumber, suspek bersama seorang lagi rakannya telah menyamar sebagai anggota polis yang berpakaian preman sebelum memperdaya seorang lelaki kononnya mangsa ditahan kerana kesalahan menerima wang dari pemberian nombor ekor secara online, yang dibayar oleh pelanggan secara haram dan tidak berdaftar

Ujarnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh kedua-dua suspek tersebut, mereka dikatakan telah merampas kad pengenalan dan sebuah telefon bimbit milik lelaki itu

“Susulan daripada itu, suspek telah mengajak mangsa berbincang di dalam sebuah kenderaan sebelum mereka meminta sejumlah wang bernilai RM3,000 sebagai duit ugutan agar tidak diambil tindakan undang-undang,” katanya di sini hari ini

Mengulas lanjut, sumber memberitahu, hasil penahanan itu, SPRM turut merampas wang tunai dan sebuah telefon bimbit milik suspek. “Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan seorang lagi rakan suspek dan siasatan lanjut akan dilakukan di bawah Seksyen 17 (a) (A) Akta SPRM 2009,” ujarnya

http://www.utusan.com.my/berita/jena…De3rI.facebook


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts