You are here
berita 

Lelaki maut Nissan Skyline dipandu rempuh pokok di Labuan

KEADAAN kereta mangsa yang remuk selepas merempuh pokok di Jalan Bukit Timbalai, Labuan.

Labuan: Seorang lelaki berusia 25 tahun yang juga penuntut jurusan perubatan universiti di Russia maut selepas kereta Nissan Skyline dipandunya terbabas dan merempuh pokok di Jalan Bukit Timbalai, di sini, jam 12.40 tengah malam semalam.

Joshua Shak Gin Vui disahkan mati di lokasi akibat parah di badan dan kepala. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bercuti dan pulang ke kampung halamannya di Labuan bagi menyambut Tahun Baru Cina.

Ketua Polis Daerah Labuan Superintendan Adzhar Othman berkata, siasatan mendapati mangsa memandu dari Kampung Sungai Miri ke pusat bandar.

“Tiba di lokasi, kereta dipandunya hilang kawalan selepas melalui selekoh dan terbabas sebelum merempuh pokok. Mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan anggota bomba.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Nukleus Labuan untuk proses selanjutnya,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Quote:




http://www.hmetro.com.my/node/203223

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts