You are here
berita 

Lelaki maut motosikal rempuh pikap

MOHAMAD Hafiz Mohamed, 22, maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah pikap di Kilometer 3.0 Jambatan Pulau Pinang, tengah hari tadi

Quote:

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah pikap di Kilometer 3.0 Jambatan Pulau Pinang, di sini, tengah hari tadi

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, Mohamad Hafiz Mohamed, 22, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata nahas dipercayai berlaku apabila pikap itu bergerak perlahan di sebelah kiri jalan berikutan kehabisan minyak

Beliau berkata, mangsa yang menunggang motosikal sendirian untuk pulang ke rumahnya di Taman Nusantara, Jalan Makloom di Georgetown dipercayai tidak sempat mengelak dan melanggar belakang pikap berkenaan

“Mangsa maut di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat,” katanya

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/261131


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts