You are here
berita 

Lelaki maut besi angkat berat 142kg terlepas hempap leher

Kyle Thomson, 22.

IOWA – AMERIKA SYARIKAT . Seorang lelaki berusia 22 tahun meninggal dunia selepas besi angkat berat terlepas dari gengaman dan menghempap lehernya di sebuah gimnasium di tengah Iowa.

Kemalangan dilaporkan berlaku pada Isnin di Elite Edge Transformation Center Ankeny, kira-kira 10km utara Des Moines.

Jurucakap pusat, Mark Yontz berkata, mangsa Kyle Thomson sedang mengangkat besi berkeberatan 142kg sebelum besi berkenaan terjatuh.

Ketua bomba Ankeny, James Clack berkata, besi angkat berat berkenaan terjatuh dan terkena pada leher mangsa.

“Mangsa dikejarkan ke hospital Des Moines dan disahkan meninggal dunia,” katanya dipetik AP.

http://www.sinarharian.com.my/global…142kg-1.605057

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts