You are here
berita 

Lelaki maut, Ada kesan cedera parah di belakang kepala hingga nampak otak

Quote:

Jitra: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan cedera parah di belakang kepala sehingga kelihatan otak di sebuah dusun di Kampung Imam, Padang Perahu, dekat sini, lewat hari ini

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abdul Hadi Hassan berkata, mangsa yang berusia 54 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap pada 3 petang, kira-kira 20 meter dari sebuah bangsal di dusun berkenaan

Terdapat kesan darah pada bangsal dan kesan seakan-akan diseret dari bangsal itu

“Maklumat awal kita terima, mangsa mungkin seorang penagih atau pengedar dadah di kawasan berkenaan. Kita masih menyiasat siapa pemilik dusun berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

http://www.hmetro.com.my/node/195641


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts