You are here
berita 

Lelaki mati tercekik dalam pertandingan makan donut

Travis Malouff


Saiz donut dalam cabaran Tex-Ass-Challenge di Voodoo Donuts.

COLORADO – AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki dilaporkan mati tercekik ketika menyertai pertandingan makan donat di Voodoo Donuts di Denver.

Denver 9News melaporkan, Travis Malouff, 42, meninggal dunia ketika cuba makan donat gergasi dalam masa kurang daripada 80 saat dalam pertandingan ‘Tex-Ass-Challenge’ yang dianjurkan kedai berkenaan.

Malouff maut akibat ‘asphyxia’, di mana halangan saluran udara,menurut Pemeriksa Perubatan Pejabat Denver.

“Ia sangat tragis. Ia satu kehilangan nyawa yang sepatutnya tidak terjadi, ” kata bapa mangsa, Curtis Malouff, kepada 9NEWS.

Cabaran ini memerlukan peserta untuk makan donat bersaiz besar iaitu bersamaan dengan enam donat saiz biasa dan mempunyai diameter 7 inci sebagai pertukaran untuk mendapat makanan percuma dan butang percuma

Voodoo Donuts pertama kali dibuka di Portland pada tahun 2003, berkembang di luar Oregon dan membuka kedai di Denver pada Disember 2013.

http://www.sinarharian.com.my/global…donat-1.654338

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts