You are here
berita 

Lelaki mati dibelit ketika cuba tangkap ular sawa

Quote:

BEBERAPA penduduk memegang ular sawa yang dipercayai membelit Wahyu hingga mati. – Tribun Pekanbaru



Pekanbaru (Indonesia): Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibelit seekor ular sawa sepanjang enam meter yang cuba ditangkapnya.

Media Indonesia melaporkan, mayat Wahyu, 22, ditemui di tepi jalan di Desa Payarumbai, daerah Inderagiri Hulu dekat sini malam Khamis lalu.

Ketika ditemui terdapat beberapa kesan lebam pada mayat lelaki itu, dipercayai kesan dibelit ular sawa.

Seekor ular sawa sepanjang enam meter kemudian ditemui di dalam longkang berhampiran lokasi mayat Wahyu ditemui.

Seorang penduduk, Triyatno memberitahu, Wahyu memang dikenali sering menangkap ular di kampung itu.

http://www.hmetro.com.my/node/199675

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts