You are here
berita 

Lelaki makan tanpa bayar bernilai ribuan dolar di tahan polis

Quote:

MADRID: Polis Sepanyol menahan seorang lelaki Romania disyaki ketua ‘sekumpulan orang’ yang melarikan diri tanpa membuat bayaran selepas menikmati makanan bernilai beribu euro di dua restoran di sini

Kementerian Dalam Negeri menyatakan lelaki berusia 48 tahun itu diberkas, Isnin lalu di barat laut bandar Ponferrada, dalam wilayah Leon dan polis kini berusaha mengesan suspek kedua, juga warga Romania

Dalam kenyataannya, kementerian itu memaklumkan lelaki itu akan dibawa ke mahkamah, hari ini

Polis melancarkan siasatan selepas sekumpulan 100 orang melarikan diri, selepas meraikan acara baptis dengan menikmati hidangan bernilai 2,000 euro (RM9,339.75) pada 27 Februari lalu

Kejadian itu di sebuah restoran di Hotel Carmen di Bembibre, yang terletak di utara Sepanyol

“Mereka menari, kemudian hilang. Dalam satu minit, sekumpulan 100 orang lesap

“Mereka tidak lari dalam kumpulan kecil tetapi secara serentak,” kata pemilik restoran Antonio Rodriguez kepada radio Cadena Ser

Dalam kejadian berasingan di sebuah restoran yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Ponferrada, tetapi ia membabitkan sekumpulan 200 orang pada pertengahan Februari lalu

Kumpulan itu dikatakan mengadakan majlis perkahwinan, sebelum melarikan diri tanpa membayar bil berjumlah antara 10,000 (RM47.012.74) hingga 12,000 euro (RM56,415.29)

“Dalam kedua-dua jenayah, modus operasi adalah sama,” kata kementerian dalam kenyataan itu

Akhbar tempatan, Diario de Leon melaporkan lelaki yang ditahan itu menyamar sebagai ketua keluarga untuk membaptis kanak-kanak dan bapa kepada pengantin, ketika membuat tempahan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/257395


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts