You are here
berita 

Lelaki kurang siuman mahu ‘tegakkan’ Menara Condong, Buang serpihan kayu menara

Quote:

TELUK INTAN – Seorang lelaki dipercayai kurang siuman melakukan kekacauan dengan bertindak membuang serpihan kayu dari atas Menara Condong Teluk Intan sebelum ditahan polis petang tadi

Difahamkan orang awam yang berada di tempat kejadian mendakwa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana mahu ‘menegakkan’ menara condong itu

Pekerja menara berkenaan, Isham Ishak, 38, berkata dia terdengar bunyi bising dari bahagian atas menara kira-kira pukul 4 petang sebelum meninjau keadaan

“Saya lihat ada seorang lelaki sedang memecahkan siling menara dan membaling serpihannya ke bawah

“Bila saya cuba tanya kenapa dan pujuk lelaki itu, dia ajak saya berlawan sambil memaki hamun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

Isham berkata,selepas melihat lelaki itu semakin agresif, dia bersama beberapa yang lain bertindak menangkapnya sebelum menyerahkan lelaki tersebut kepada pihak polis

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan perkara tersebut sedang disiasat

http://www.sinarharian.com.my/semasa…ndong-1.636594


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts