You are here
berita 

Lelaki kelihatan warak dan berkopiah dirakam khianat restoran

AFFENDEY YAACOB menunjukkan gambar seorang lelaki berkopiah merosakkan pokok hiasan di luar premis perniagaanya di Jalan Bayam Kampung Bayam, Kota Bharu, Kelantan semalam. MINGGUAN/ROSNI MASRI

KOTA BHARU 4 Mac – Siapa sangka seorang lelaki berkopiah putih dengan imej warak tergamak melakukan perbuatan khianat merosakkan pokok hiasan sebuah restoran di Jalan Bayam, di sini semalam.

Kejadian pada pukul 4.46 pagi itu dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar restoran berkenaan yang menjual makanan Barat, Korea dan Vietnam.

Pemilik restoran, Affendey Yaacob, 27, berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 3 petang hari sama ketika dia dan pekerja mahu membuka premis berkenaan yang beroperasi sejak sebulan lalu.

“Pada mulanya saya menyangka ini perbuatan budak-budak nakal melakukan vandalisme terhadap kedai, namun melalui rakaman CCTV saya terkejut apabila perbuatan itu dilakukan oleh lelaki berkopiah.

“Suspek menaiki motosikal jenis Modenas membaling sebatang kayu sepanjang semeter ke arah pintu sebelum mengambil semula kayu itu dan memukul pokok hiasan di hadapan kedai sehingga rosak,” katanya.

Menurut Affendy, itu merupakan kejadian kali kedua restoran miliknya menjadi mangsa khianat individu tidak dikenali.

“Sebelum ini saya terjumpa sebuah kotak berisi bangkai ayam masih berbulu di bahagian belakang kedai. Kejadian itu berlaku selepas empat hari saya membuka restoran ini.

“Saya tidak bermusuhan dengan sesiapa. Saya cuma mahu mencari rezeki halal,” katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis daerah, Superintenden Setapa Yusoff ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan pihaknya sedang mengesan suspek berkenaan.

Rakaman CCTV memaparkan gelagat lelaki berkopiah tersebut kini menjadi tular selepas dimuat naik ke laman Facebook milik Affendey hari ini.

Quote:

[ WANTED !! ]
LELAKI INI DIKEHENDAKI POLIS !!
TOLONG VIRALKAN !!
Sesiapa yg cam atau kenal lelaki ini, sila hubungi pihak kami utk membantu siasatan polis..
Cafe kami walaupun baru SEBULAN lebih beroperasi, dh mcm2 dugaan. Ringkasan cerita. Sejak 2 minggu lepas, ada bbrp benda hok x comey berlaku di cafe pd pagi2 buta bila ore lain tidur lena. Ni kali kedua captured by cctv. Kes kali ni merosakkan dan hancurkan keempat2 pokok bunga hiasan depan cafe. Bukan murah 4 pokok hiasan besar ni…. Dua2 dlm siasatan polis.
===========
DENGKI TU BUANG JAUH2.. NAK BISNES BUAT BETUL2..KAMI TAK KACO SESIAPA PUN..
===========
Ni yg kami terapkan dalam bisnes kami..
Kami baru sahaja sebulan menjalankan perniagaan kami..tp sudah beberapa kes ada org yang dengki kat kami.. dok sabotaj kami mace2..
kami bersaing secara sihat.. kami tak kacau ore lain..or bisnes lain or owner2 lain..
.
.
Memang nampak maju HARI2 PENUH CAFE..tapi tu rezeki YG ALLAH BAGI !!..
Kite same2 melayu.. bakpola nak dengki2 ni..Kes sblm ni ada yg siap guna benda2 ‘mistik’ lg tu.. benda2 KHURAFAT gini terkeluar dari iman..na’uzubillah..
Ingatlah sesame kite Allah la pemberi rezeki..
Kite wat lagu mano pun kalau Allah tak redha tak redha jugak..
Nasihat kami kat ore2 hok DENGKI @ PENJAHANAM AGAMA ni..suka hati la nak wat gapo.. tp kami cume nak pesan so..
Undang2 manusia ada..kalo ditangkap x psl2 kena penjara n denda beribu2.. DAN undang2 Allah itu pasti.. tak dapat balasan dunia..AKHIRAT TU PASTI DAPAT…
Nasihat utk semua..x payah dengki2 la..kita sama2 bangsa dan agama.. kite same2 cari rezeki di BUMI ALLAH ni.. Kalo yg buat ni bukan sbb bisnes pun.. byk cara lain blh selesaikan.. bukan jadi penjahanam mcm ni..
.
** Ni salah satu dari 3 rakaman cctv di depan bangunan..rakaman dh disunting-yg asal lebih 5 minit..dan lebih jelas
** Sesiapa yg ada maklumat berkenaan individu ni, mohon PM kami utk membantu siasatan Jabatan Siasatan Jenayah – CID IPK Kelantan pihak polis..

kedai tersebut juga dikatakan dihantar tahyul dan benda2 khurafat yang lain.


https://www.utusan.com.my/berita/jen…toran-1.452159

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts