You are here
berita 

Lelaki kait buah mangga maut direnjat elektrik

ANGGOTA bomba membawa mangsa yang maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengambil buah mangga di halaman sebuah rumah di Jalan Langkawit, Kampung Benoni, Papar. – Foto ihsan Bomba

PAPAR: Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika mengambil buah mangga di halaman sebuah rumah di Jalan Langkawit, Kampung Benoni, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Madius Tandurung, 53, dipercayai mengait buah mangga sebelum galah batang aluminium yang digunakannya terkena kabel elektrik.

Difahamkan, pokok mangga terletak bersebelahan kabel elektrik bervoltan tinggi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Janil Jaya, ketika dihubungi berkata, mangsa bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat kuari yang beroperasi di kawasan berhampiran.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada rakan mangsa pada jam 2.13 petang sebelum menghantar lapan anggota.

“Berdasarkan maklumat daripada rakannya, mangsa menyatakan hasrat untuk makan buah mangga dan terus ke lokasi untuk mengait buah berkenaan.

“Selepas kira-kira sejam tidak pulang ke tempat kerja, rakannya hairan sebelum mereka ke lokasi kejadian dan menemui mangsa terbaring di atas rumput,” katanya.

Katanya, rakan mangsa kemudian menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan, namun difahamkan mangsa sudah meninggal dunia.

https://www.bharian.com.my/berita/ke…an-buah-mangga

Quote:

Rentung 80 peratus

PAPAR 24 Jan. – Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggait buah mangga di kawasan halaman tempat kerjanya di Kampung Benoni, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa, Madius Kandurug, 53, maut dilokasi kejadian ketika mahu mengambil buah tersebut dengan menggunakan besi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Papar, Pegawai Bomba Kanan II, Hamdani Md. Harith berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.13 petang dan mengerahkan seramai lapan anggota dengan sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dijumpai oleh rakan sekerjanya selepas menyedari mangsa tiada di tempat duduk.

“Keadaan fizikal mangsa ketika ditemui mendapati rentung hampir 80 peratus selain telinga dan hidung berdarah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/berita/nasi…ktrik-1.596374


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts