You are here
berita 

Lelaki harap huruf P jatuh kena kepala supaya boleh saman

IMEJ yang tersebar dalam laman sosial menunjukkan lelaki tidak dikenali berdiri selama empat jam untuk menunggu huruf ‘P’ menimpa kepalanya. – Ihsan portal Mirror.uk.

BRITAIN – Seorang lelaki dipercayai cuba mengambil jalan mudah untuk mendapatkan duit dengan cara menyaman sebuah pasaraya terkemuka di negara ini.

Lelaki yang tidak dikenali itu, dilihat berdiri selama empat jam dengan berharap huruf besar ‘P’ daripada tulisan ‘Pharmacy’ yang ditampal di tepi dinding pasar raya Walmart, jatuh menimpa kepalanya.

Jika perkara itu berlaku, lelaki berkenaan dipercaya mahu menyaman pihak pengurusan pasar raya tersebut, sekali gus meraih keuntungan besar walaupun tindakannya boleh membahayakan nyawa sendiri.

Menerusi gambar yang dikongsi dalam laman media sosial, kelihatan lelaki berbaju biru itu berdiri di tepi dinding manakala huruf ‘P’ dilihat menunggu masa untuk jatuh.

Lokasi sebenar kejadian tidak dapat dipastikan tetapi tindakan lelaki berkenaan ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada yang menyifatkan lelaki itu bijak mengambil kesempatan dan berfikiran seperti ahli perniagaan kerana dapat menjana keuntungan mudah.

Tidak kurang juga ada netizen melabel lelaki berkenaan sebagai kurang cerdik kerana sanggup membahayakan diri semata-mata mahu mendapatkan duit.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berit…AGjYISBCYlM.99

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts