You are here
berita 

Lelaki gelandangan bakar isteri ditahan

SUNGAI PETANI: Polis menahan seorang lelaki gelandangan susulan kematian isterinya yang disahkan maut selepas kira-kira dua minggu menderita parah akibat dibakar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Saifi Hamid, berkata suspek, 46, yang sudah dua tahun hidup sebagai gelandangan ditahan susulan laporan diterima pihaknya mengenai kematian mangsa, 44, daripada pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, pagi semalam.

“Berdasarkan bedah siasat yang dilakukan, mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami. “Justeru, kita tahan suspek untuk siasatan lanjut dan kes yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kini diklasifikasikan sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 kanun sama,” katanya.

Mengulas lanjut, Saifi berkata dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari pada 26 Mei lalu, suspek dikatakan mengunjungi kediaman mangsa sebelum membaling bom api menyebabkan isterinya disambar api dan melecur teruk.

“Anak lelaki mangsa yang terdengar jeritan berlari keluar untuk membantu memadamkan api dan membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan… ketika itu, anak mangsa turut melihat suspek tergesa-gesa melarikan diri, disyaki selepas membakar mangsa.

“Siasatan mendapati suspek dan mangsa sudah kira-kira 10 tahun tinggal berasingan dan dalam proses untuk bercerai. Kita percaya dendam menjadi motif utama kejadian,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/290506

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts