You are here
berita 

Lelaki ditahan menyamar penolong kanan pesuruhjaya polis tipu Datuk RM1.14 juta

Madzamri diiring polis ketika dibawa keluar dari mahkamah

Quote:

Shah Alam: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap tuduhan menipu seorang individu bergelar Datuk membabitkan kerugian RM1.14 juta, dengan menyamar sebagai penolong kanan pesuruhjaya polis antara 3 Oktober 2013 dan 7 Mei 2014

Madzamri Ismail, 47, dari Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di depan Hakim Zamri Bakar

Tertuduh didakwa menipu Datuk Sarip Hamid, 70, dengan menyamar supaya beliau mempercayai dirinya (tertuduh) adalah penolong kanan pesuruhjaya polis bagi mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM1.14 juta di TTDI Jaya di sini

Madzamri yang ditangkap pada 16 Feb lalu, didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Tertuduh juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu berpura-pura memegang jawatan penolong kanan pesuruhjaya polis dan menawarkan kepada Sarip, Projek Pelupusan Wang Milik Kerajaan Malaysia Polis Diraja Malaysia, Projek Pelupusan Jongkong Emas serta Projek Urusan Kemasukan Wang Singapura ke Malaysia, di tempat dan tarikh yang sama

Bagi pertuduhan itu, Madzamri yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

Hakim Zamri membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM30,000 serta dua penjamin rakyat tempatan dan menetapkan 4 April depan untuk pengurusan kes

http://www.hmetro.com.my/node/212501


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts