You are here

Lelaki ditahan cuba bakar diri depan Kaabah

ARAB SAUDI: Seorang lelaki ditahan kerana cuba membakar dirinya menggunakan petrol berdekatan Kaabah di Masjidil Haram pada lewat Isnin.

“Berdasarkan tindakannya itu, kami percaya dia menghidap sakit mental,” kata polis di masjid berkenaan.

Menurut polis lagi, lelaki berkenaan berusia dalam lingkungan 40an.

Klip video tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki dibawa anggota keselamatan yang menjalankan rondaan di sekitar Kaabah ketika jemaah sedang menjalani ibadah.

Bagaimanapun, Reuters tidak dapat mengesahkan visual berkenaan. – Reuters

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berit…PIroFHABKyy.99

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts