You are here
berita 

Lelaki disyaki bunuh isteri secara kejam ditahan

POLIS Perancis hari ini menahan Jonathan Daval susulan pembunuhan Alexia Daval (gambar kanan) pada Oktober lalu. – Foto fail AFP

Quote:


GRAY: Polis Perancis hari ini menahan suami kepada seorang wanita yang ditemui mati dibunuh ketika keluar berjoging dalam kes pembunuhan kejam Oktober lalu yang mengejutkan negara itu.

Mayat rentung pekerja bank, Alexia Daval, 29, ditemui di kawasan hutan di Esmoulins, timur Perancis.

Pendakwa raya berkata, Daval dibelasah dan berkemungkinan dicekik sebelum pembunuh membakar dan menyembunyikan mayatnya di bawah pokok, beberapa kilometer dari laluan biasa dilalui wanita berkenaan ketika joging.

Suaminya, Jonathan Daval, 34, pekerja IT, mendakwa isterinya tidak pulang ke rumah selepas melakukan aktiviti itu.

Kes berkenaan mengejutkan komuniti tempat pasangan itu menetap, manakala pada November, hampir 10,000 penduduk mengadakan perarakan senyap khusus bagi memperingati Daval.

Ratusan lagi menyertai larian merentas desa semata-mata memberi penghormatan kepada wanita muda malang berkenaan.

Pendakwa raya tempatan, Edwige Roux-Morizot memberitahu AFP, polis menangkap lelaki berkenaan di kediamannya di Gray pagi ini.

Jonathan yang pada awalnya disoal sebagai saksi, memberitahu polis beliau bertengkar dengan isterinya pada hari kehilangan wanita berkenaan, sekali gus menjelaskan mengenai cakaran dan gigitan ditemui pada tangan wanita itu. – AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/ero…tahan#cxrecs_s


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts