You are here
berita 

Lelaki dipenjara tunjuk jari tengah kepada anggota polis

Tertuduh (tengah) dibawa keluar selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown, di sini, tadi. FOTO Shamsul Munir Safini

Georgetown: Seorang lelaki dipenjara 10 hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Georgetown, di sini, tadi, selepas mengaku bersalah menunjukkan isyarat lucah dan menghalang tugas penjawat awam.

Ronnie Chan Kok Chun, 30, membuat pengakuan itu selepas didakwa mengikut Seksyen 509 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sharifah Izura Syed Manshor.

Berdasarkan pertuduhan, dia pada jam 3.15 petang 11 Januari lalu bertindak mengangkat jari tengah kepada seorang anggota polis yang cuba menahannya.

Sebaik ditahan tertuduh juga enggan menyerahkan lesen memandu bagi tujuan pemeriksaan dengan memberi pelbagai alasan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima hari bagi setiap pertuduhan bermula dari tarikh dia ditahan dan denda RM2,500 bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzah Shaharuddin.

http://www.hmetro.com.my/node/197724

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts