You are here
berita 

Lelaki didenda ubah logo kereta supaya kelihatan seperti Porsche

Kereta yang ditahan.

Hunan, China: Seorang lelaki didenda 500 yuan (RM321) kerana meletakkan logo Porsche dan lambang lain pada kereta buatan China miliknya supaya kereta itu kelihatan seperti kereta mewah Porsche.

Menurut Thepaper.cn, kereta dipandu lelaki itu, Zotye SR9 buatan China ditahan ketika pemeriksaan biasa oleh polis di Liuyang, wilayah Hunan, Selasa lalu.

Polis kemudian mendapati kereta berkenaan ditampal logo dan emblem Porsche namun mendapati ia adalah model Zotye SR9 buatan China.

Lelaki itu yang tidak dinyatakan namanya didenda kerana mengubah suai keretanya yang tidak sama seperti dalam rekod pendaftaran.

Menurut laporan itu, Zotye SR9 hanya berharga kira-kira 100,000 yuan (RM64,361) di China, manakala harga Porsche Macan bermula lima kali ganda lebih tinggi (RM322,000).

Menurut polis, lelaki itu menyatakan dia membelanjakan kira-kira 200 yuan (RM13) bagi membeli logo dan lambang untuk menjadikan keretanya kelihatan seperti Porsche.

Sebelum ini, satu laman web Jerman pernah melaporkan Porsche bercadang menyaman Zoyte kerana satu keretanya, model T700 kelihatan sama seperti model Porsche Macan.

Tahun lalu, Jaguar Land Rover mengambil tindakan mahkamah terhadap pengeluar kereta China, Jiangling Motors, mendakwa syarikat itu meniru model Rover Evoque.


http://www.hmetro.com.my/node/212480

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts