You are here
berita 

Lelaki didenda RM10,000 kerana rakam aksi bersama gadis

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan di sebuah hospital di sini yang mengaku menggunakan telefon bimbit merakam perbuatannya ketika seks bersama seorang remaja dijatuhi hukuman denda RM10,000.

Bashir Khan Abib Rahman, mengaku melakukan kesalahan itu di depan pejabat pengawal keselamatan hospital di Pandan Mewah, Ampang pada 2 Mac lalu.

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki telefon yang merakam kejadian itu.

Bagaimanapun, mengikut kertas pertuduhan, ibu remaja itu telah membuat laporan terhadap Bashir Khan.

Ketika memeriksa telefon bimbit anak perempuannya, ibu berkenaan mendapati adanya mesej menerusi aplikasi WhatsApp mengenai anaknya telah melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki di sebuah hotel.

Pada Khamis, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin meminta supaya hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Beliau berkata, tertuduh sepatutnya bersyukur kerana dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Penapisan Filem bukan cubaan merogol.

Pihak pendakwa juga mengesahkan tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Memohon supaya dikenakan hukuman ringan, Bashir Khan berkata, dia membiayai ibu bapanya dan pendapatannya hanya RM1,500 sebulan.

Ketika itu, kelihatan ibu tertuduh yang duduk di tempat awam sedang berdoa dan dihalang anggota polis bertugas ketika cuba bercakap dengan anaknya.

Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh mengenakan denda RM10,000 dan jika gagal boleh dihukum penjara 12 bulan.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Zuhaini berkata, sebanyak 11 gambar diserahkan kepada mahkamah sebagai bukti termasuk lapan menunjukkan remaja itu dalam keadaan bogel bersama tertuduh.

“Dia bernasib baik kerana remaja itu sudah berusia 17 tahun ketika kejadian itu berlaku, jika tidak dia boleh didakwa merogol,” katanya sambil menambah remaja itu mengenali tertuduh menerusi aplikasi WeChat paa 12 Februari.

Menurut pihak pendakwaan, tertuduh telah membayar denda yang dikenakan terhadapnya.

Adakah rakaman itu sudah tersebar tidaklah diketahui.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berit…D48o4CjE0be.99

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts