You are here
berita 

Lelaki didakwa lakukan seks luar tabii, cubaan rogol, rompak wanita

Quote:

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini atas tiga pertuduhan iaitu melakukan seks luar tabii, cubaan merogol dan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang pembantu tadbir di kawasan tangga sebuah rumah kedai

Mohd Mazlan Ibrahim, 31, yang bekerja sendiri itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Muhamad

Dia dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di kawasan tangga rumah kedai di Jalan Persiaran Perdana 3/10, Pandan Jaya, di sini pada 1.15 pagi, 31 Disember tahun lalu

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan seks luar tabii terhadap wanita berusia 23 tahun dan cuba merogolnya mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan

Dia juga didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan rompakan berkumpulan terhadap mangsa sama dengan merompak telefon bimbit dan sebentuk cincin emas bernilai RM560, mengikut Seksyen 395 kanun sama yang membawa hukuman hukuman penjara dan sebat, jika sabit kesalahan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene tidak menawarkan sebarang jaminan bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dibenarkan diikat jamin

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 7 Februari untuk sebutan semula kes

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…anita-1.607735


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts