You are here
berita 

Lelaki dibelasah lepas rakam punggung wanita

Lelaki yang merakam punggung wanita dengan telefon bimbit di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru, cedera teruk dibelasah orang ramai. – Foto petikan Facebook

Johor Bahru: Seorang juruaudit berusia 27 tahun menerima padah apabila dibelasah orang awam kerana tertangkap merakam video punggung seorang wanita di sebuah pusat beli belah di bandar raya, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian 9.40 malam itu, lelaki itu yang cedera teruk di kepala dan muka, kini ditahan di wad Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk rawatan lanjut.

“Rakan wanita itu menyedari perbuatan suspek menggunakan telefon bimbit merakam punggung wanita 20-an itu dan menegur perbuatan suspek.

“Lelaki itu melarikan diri apabila perbuatannya disedari namun orang ramai berjaya menghalang dan menangkapnya sebelum membelasahnya,” katanya yang dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

http://www.hmetro.com.my/node/188689

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts