You are here
berita 

Lelaki dakwa jumpa objek disangka bom, Polis sahkan bukan bom, Hanya logam biasa

Jalan Walter Grenier ditutup seketika selepas seorang lelaki mendakwa menemui bom yang kemudian disahkan logam biasa

Quote:

Kuala Lumpur: Orang ramai dan peniaga di Jalan Walter Grenier di sini gempar apabila seorang lelaki mendakwa terjumpa objek yang disangka bom 6.30 petang tadi

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Mohd Shukri Kaman ketika dihubungi menafikan objek yang ditemui itu adalah bom

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan pada 6.37 petang daripada seorang lelaki mendakwa terjumpa objek yang disangka bom di atas pagar besi berhadapan sebuah restoran

“Anggota polis ke lokasi dan sebaik tiba mereka mendapati ia hanyalah logam biasa

“Selepas menjalankan pemeriksaan dan memastikan kawasan itu selamat, polis kemudian mula membuka laluan berkenaan kepada orang ramai. Operasi tamat pada 8 malam,” katanya

Sementara itu, peniaga yang mahu dikenali sebagai Rahmat berkata, ketika kejadian dia berada di kedai runcitnya

“Tiba-tiba jalan di hadapan kedai mula sesak dan apabila saya meninjau di luar kedai, polis sudah pun menutup laluan untuk memeriksa kawasan sekitar

“Namun pemeriksaan dilakukan tidak terlalu lama dan laluan mula dibuka kepada orang ramai sejam kemudian,” katanya

http://www.hmetro.com.my/node/210076


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts