You are here
berita 

Lelaki curi kabel dan sarang burung ditahan

Quote:

SERI MANJUNG: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri kabel telekomunikasi dan sarang burung di sekitar daerah Manjung di sebuah kedai makan di Taman Mas, Kampung Koh, di sini, pagi tadi

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan kira-kira jam 11.30 pagi ketika sedang makan seorang diri di kedai berkenaan

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, polis turut menemui pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel telekomunikasi dan sarang burung

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dua rekod berkaitan dadah dan dua kes berkaitan memiliki senjata berbahaya dan dipercayai bergerak aktif melakukan jenayah sejak tahun lalu

“Antara peralatan yang dirampas ialah tangki yang digunakan untuk memotong atau membakar kabel, alat pemotong wayar, besi penarik dan penarik kabel selain alat pembesar suara untuk membunyikan suara merdu bagi menarik perhatian burung dan senjata berbahaya

“Selain itu, turut dirampas adalah sarang burung, wang tunai, sebuah kereta PROTON Saga dan sembilan bungkusan dadah dipercayai syabu seberat 49.04 gram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Manjung, di sini, sebentar tadi

Katanya, lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Kanun Keseksaan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/242289


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts