You are here
berita 

Lelaki cium mulut budak sekolah dipenjara 15 bulan

Mohd Yunus ditambah hukuman penjara sehari kepada 15 bulan penjara dan dikekalkan hukuman denda RM4,000. FOTO Muhaizan Yahya

Ipoh: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menambah hukuman daripada sehari kepada 15 bulan penjara dan mengekalkan hukuman denda RM4,000 terhadap seorang bekas pembantu kantin sekolah atas tuduhan mencabul seorang murid lelaki berusia 12 tahun, 3 tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali selepas membenarkan rayuan dikemukakan Timbalan Pendakwaraya How May Ling.

Tertuduh Mohd Yunus Hassan, 53, sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM4,000 atau penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda berkenan oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada 29 Ogos tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Yunus didakwa secara kekerasan jenayah mencabul kehormatan seorang budak lelaki berusia 12 tahun dengan memeluk dan mencium mulutnya tanpa kerelaan di tandas lelaki sebuah sekolah di Ayer Tawar, Manjung,kira-kira jam 3.30 petang, 18 November 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M Kathan.

http://www.hmetro.com.my/node/217442

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts