You are here
berita 

Lelaki cipta khemah boleh simpan dalam kocek

AZUA berguling di dalam khemah ciptaannya. – Agensi


GAMBAR kiri menunjukkan khemah itu dilipat dan dimasukkan ke dalam saku. Gambar kanan, khemah itu ketika dibuka. – Agensi

New York: Bagi mereka yang gemar mengembara, baik di hutan atau di tepi pantai, ini pasti ciptaan yang dinanti-nantikan.

Khemah ini boleh dilipat menjadi begitu kecil dan dimasukkan ke dalam kocek. Ia juga begitu ringan hingga boleh dibawa ke mana sahaja.

Khemah yang digelar ‘Basic House’ itu dicipta oleh Martin Azua, pereka di Barcelona.

Ia dikatakan sesuai sekali bagi mereka yang tidak mahu membawa beg besar dan berat.

Khemah itu yang juga dianggap ‘rumah sementara,’ boleh mengembung sebaik dibuka daripada lipatannya.

Malah, ia mempunyai ruang luas dan mampu menampung beberapa orang.

Lebih menarik, khemah berkenaan dibuat daripada poliester berlapis logam yang dapat mengimbangi suhu.

Malangnya, ‘Basic House’ itu belum dijual buat masa ini.

Ia hanya sebahagian koleksi karya seni tetap yang dipamerkan di Muzium Seni Moden di New York.

http://www.hmetro.com.my/node/212992

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts