You are here
berita 

Lelaki China tertusuk besi dari celah kangkang hingga ke rusuk


GAMBAR (kiri) menunjukkan batang besi yang menusuk buah zakar Wu hingga ke rusuk, dan imej imbasan X-ray mangsa. – Asiawire

Zhenjiang, China: Seorang lelaki hampir maut selepas sebatang besi sepanjang 60 sentimeter menusuk celah kangkang hingga hampir menembusi rusuk kirinya.

Kejadian itu berlaku baru-baru ini ketika Wu Qiang bekerja di sebuah tapak pembinaan di bandar ini.

Menurut media tempatan, ketika bekerja, Wu, 36, terjatuh di atas beberapa batang besi yang tercacak di atas tanah.

Sebatang besi berkarat berkenaan menusuk buah zakarnya hingga hampir menembusi rusuk kiri lelaki itu.

Wu masih sedar sepanjang masa dan beberapa pekerja membantunya berdiri sehingga pasukan bomba serta paramedik tiba di lokasi kejadian.

Menakjubkan, tiada organ dalaman yang terjejas akibat tusukan tersebut.

Doktor mengambil masa satu jam untuk mengeluarkan besi yang sudah berkarat itu.

http://www.hmetro.com.my/node/192437

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts