You are here
berita 

Lelaki China nyaris tersula lepas jatuh atas pagar besi

KEADAAN lelaki itu ketika dibawa ke hospital. – DM



Pembedahan mengeluarkan 2 besi di punggung.

Beijing: Seorang pekerja cedera parah selepas terjatuh dari aras tinggi ke atas pagar, menyebabkan punggungnya tertusuk dua batang besi tajam.

Menurut akaun Weibo bomba wilayah Shaanxi, mangsa yang tidak dikenal pasti identitinya dilaporkan memasang pendingin udara pada aras dua sebuah bangunan di Taman Perindustrian Xi’an itu apabila dia terlepas pegangannya dan terjatuh ke atas pagar di bawah.

Dalam rakaman yang dimuat naik ke Weibo itu, beberapa anggota bomba dilihat menahan badan lelaki itu sementara rakan mereka memotong sebahagian pagar berkenaan.

Sepanjang rakaman, lelaki itu kedengaran menjerit kesakitan sehingga dia akhirnya berjaya dilepaskan dan dibawa ke hospital.

http://www.hmetro.com.my/node/214468

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts