You are here
berita 

Lelaki China maut wabak selsema burung

Quote:

SHANGHAI: Seorang lelaki dari tengah wilayah Henan, China menjadi korban terbaru akibat wabak H7N9 pada musim sejuk ini, kata pihak berkuasa kesihatan tempatan

Menurut agensi berita Xinhua, penjual itik panggang berusia 36 tahun itu mula mengalami demam dan batuk pada 25 Disember lalu di wilayah pantai Zhejiang dekat Shanghai sebelum kembali ke Henan awal bulan ini

Dia disahkan menghidap H7N9 pada 10 Januari sebelum meninggal dunia pada hari berikutnya

Selsema burung sering merebak pada musim sejuk dan musim bunga. Beberapa tahun kebelakangan ini, petani meningkatkan rejim pembersihan, teknik pengurungan haiwan dan membina bumbung pada reban ayam dalam usaha mencegah penyakit itu

Wabak terakhir paling teruk di China mengakibatkan 36 orang maut dan sektor pertanian mengalami kerugian lebih AS$6 bilion (RM26.7 bilion)

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/234514


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts