You are here
berita 

Lelaki China hasilkan kereta Lamborghini mini untuk cucu

Quote:

GUO LIANGYUN (kanan) bersama kereta mini Lamborghini yang diciptanya di Zhengzhou, China, baru-baru ini. GAMBAR/SHANGHAIIST
24 Februari 2017 12:22 AM





BEIJING 23 Feb. – Seorang lelaki di Zhengzhou, dekat wilayah Henan berjaya menghasilkan sebuah kereta mini berjenama mewah, ‘Lamborghini’, untuk cucu lelaki kesayangannya.

Lebih menarik, lelaki tersebut, Guo Liangyun, 55, dikatakan tidak memiliki sebarang kelulusan yang tinggi untuk menyiapkan kereta mini tersebut.

Portal Shanghaiist melaporkan, bersandarkan minat dan kemahiran yang tinggi dalam mereka cipta serta membaik pulih sebarang kenderaan, Liangyun bagaimanapun mengubah persepsi yang dilemparkan terhadapnya selama ini.

Difahamkan, idea untuk menghasilkan Lamborghini itu tercetus selepas Liangyun mahu cucunya ke sekolah dengan selamat dan penuh bergaya berbanding kanak-kanak lain.

Liangyun mengambil masa sehingga tiga tahun untuk menyiapkan empat model kereta mini ‘berprestasi tinggi’ itu termasuk sebuah Lamborghini untuk diberikan kepada cucu lelakinya.

Difahamkan, kereta menggunakan kuasa bateri itu mampu mencapai kelajuan sehingga 40 kilometer sejam dan boleh dipandu sejauh kira-kira 60 kilometer jika bateri dicas dengan penuh.

Shanghaiist memetik Liangyun sebagai berkata, kereta berkenaan dihasilkannya sendiri daripada skuter rosak di bengkel miliknya.

Harga untuk sebuah mini Lamborghini itu pula boleh mencecah sehingga 5,000 yuan (RM3,235).

Namun, pihak polis Zhengzhou memaklumkan kereta mini itu tidah sah untuk digunakan di atas jalanraya.

http://www.utusan.com.my/berita/luar…-cucu-1.448427

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts