You are here

Lelaki Bunuh Diri Kerana Dipaksa Bercerai Oleh Keluarga


KEBELAKANGAN ini, semakin menjadi-jadi pula kes bunuh diri akibat tekanan perasaan di negara kita.
Terbaru, seorang lelaki bertindak mengakhiri nyawanya dengan melompat di hadapan sebuah treler yang sedang bergerak di Jalan Stutong Baru, Kuching, Sarawak.
Memetik laporan Borneo Post, mangsa yang dikenali sebagai Baharon Putit ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama isterinya yang berusia 29 tahun.
Secara tiba-tiba dia mengajak isterinya itu untuk membunuh diri dan cuba merebut stereng kereta yang sedang dipandunya.
Bagaimanapun, wanita itu berjaya mengawal kereta tersebut, namun Baharon bertindak keluar menerusi cermin pintu kereta yang dipecahkannya.
Malangnya, percubaan isterinya untuk mengejar mangsa tidak berjaya kerana dia terus melompat di hadapan sebuah treler dan mati serta-merta di tempat kejadian.
“Saya cuba menghentikannya (daripada terus berlari) sehingga baju dan seluarnya koyak sehinggalah dia melompat di hadapan (treler) tersebut,” katanya.
Menurut wanita itu, tindakan Baharon itu berpunca daripada tekanan kerana dipaksa bercerai oleh keluarganya dan dijadualkan ke Mahkamah Syariah pada 16 Jun nanti.
Mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan kepala dan organ dalaman.
Lelaki Bunuh Diri Kerana Dipaksa Bercerai Oleh Keluarga
MYNEWSHUB.MY

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment