You are here
berita 

Lebih sejuta penguin berhijrah ke Argentina, Rekod baru penghijrahan

Quote:

PUNTA TOMBO, Argentina: Lebih sejuta ekor penguin berhijrah ketika musim pembiakan tahun ini, didorong limpahan luar biasa ikan kecil, dekat sini

Pegawai tempatan berkata, ia adalah kumpulan terbesar direkodkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu spesies Magellan yang menjadi tarikan ribuan pengunjung melawat ke kawasan itu setiap tahun

Kawasan kepulauan kecil semenanjung itu sesuai untuk bersarang dan mendapatkan sardin serta bilis berhampiran pantai. Burung yang tidak mampu terbang itu singgah di kawasan pantai, kebiasaannya pada September dan Oktober

Ketika musim membiak, penguin jantan dan betina akan mengambil giliran menjaga telur sementara pasangan mencari makanan

Burung ini membiak ketika cuaca panas dalam kumpulan besar di selatan Argentina dan Chile. Haiwan ini berhijrah ke utara sejauh Brazil antara Mac dan September

Penguin bersaiz 50 sentimeter tinggi dan mempunyai corak bulan sabit yang besar pada bulu putih bermula dari mata ke dagu dan sebahagian muka yang berwarna merah jambu

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/249942


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts