You are here
berita 

Layanan istimewa kepada bumiputera, Satu bentuk Muslim Zionis kata Ebrahim Moosa

Ebrahim Moosa

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa pihak berkuasa agar segera mengusir seorang pensyarah dari Amerika Syarikat (AS), Ebrahim Moosa kerana membuat kenyataan menghasut dalam satu majlis di sini baru-baru ini.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, tindakan itu perlu diambil ekoran kenyataan beliau bahawa layanan istimewa kepada bumiputera di Malaysia sebagai satu bentuk Muslim Zionis adalah amat biadab dan ditakrifkan sebagai menghasut kaum bukan bumiputera.

Jelas beliau, Zionis adalah satu gelaran khas kepada kerajaan zalim dan kejam seperti Israel dan Myanmar kerana menindas golongan lemah demi kepentingan sendiri.

“Sekiranya beliau sudah keluar dari negara ini, Perkasa juga menggesa kerajaan haramkan beliau untuk menjejakkan kaki di Malaysia lagi selepas ini. Saya tidak tahu sama ada Ebrahim Moosa ini seorang Islam atau bukan tetapi jika beliau seorang Islam ianya sangat-sangat b o d o h sekali.

“Tindakan beliau menggunakan perkataan Muslim itu adalah sengaja untuk mengaitkan penganut Islam di Malaysia juga kejam. Jika menyentuh pula Islam, ini juga perlu dijadikan perkara paling penting untuk diawasi oleh pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ebrahim Moosa dalam satu majlis yang didakwa dianjurkan oleh Islamic Renaissance Front bertajuk Islam In Global Politics: A Civilizational Crisis berkata, Malaysia sendiri terdapat satu jenis Muslim Zionisme seperti layanan istimewa untuk Bumiputera. – UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/poli…#ixzz546AyM5m6
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts