You are here
berita 

Larangan merokok di lebih 50 taman awam Perak bermula 1 Jun

KAKITANGAN Pejabat Kesihatan Dearah Kinta, Abd Razak Mohd Jaya mengedar risalah taman awam adalah kawasan larangan merokok di taman awam Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz

Quote:

IPOH: Lebih 50 taman awam di Perak diwartakan sebagai kawasan larangan merokok, berkuat kuasa 1 Jun ini

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata ia susulan pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 oleh Kementerian Kesihatan bagi memperluaskan kawasan larangan merokok meliputi semua taman awam dan taman negeri

“Kita akan melaksanakan penguatkuatkuasaan sepenuhnya dan tiada yang terlepas

“Ini bermakna sesiapa yang ditemui merokok di kawasan itu mulai 1 Jun ini akan dikompaun RM5,000 dan jika enggan membayar kompaun dalam tempoh ditetapkan dan jika disabitkan kesalahan di mahkamah, mereka akan didenda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menyertai program Operasi Pendidikan Larangan Merokok anjuran Jabatan Kesihatan Perak julung kali diadakan di taman awam Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini hari ini

Dr Hang Soon berkata, taman adalah kawasan ke-23 dikuatkuasakan selepas beberapa lokasi seperti restoran, pusat hiburan, pawagam, kawasan hospital, lif, tandas, tempat awam dan kedai makan berhawa dingin

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/249944


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts