You are here
berita 

Lamborghini bergesel lepas gagal potong lori di KL

Lamborghini yang terbabit kemalangan di Jalan Tun Razak, semalam.

Kuala Lumpur: Seorang pemandu Lamborghini yang cuba memintas lori gagal berbuat demikian sebelum hilang kawalan dan bergesel dengan kenderaan berat berkenaan di Jalan Tun Razak menghala ke PWTC di sini, jam 10.30 pagi kelmarin.

Ranger Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Zul-Atfi Abdul Wahid Amin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.33 pagi dan bergegas ke lokasi.

“Tiba di lokasi, kami dapati Lamborghini terbabit mengalami kerosakan pada tayar kiri sebelum ditunda.

“Kejadian berkenaan mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang dua kilometer, namun dapat dikawal anggota trafik,” katanya.

Menurut Zul-Afti, pemandu Lamborghini terbabit selamat dan meninggalkan lokasi selepas kejadian.

Quote:





http://www.hmetro.com.my/node/207368

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts