You are here
berita 

Lagak ngeri model Russia di Dubai dikecam netizen

Quote:

DUBAI: Video seorang model Russia beraksi ngeri untuk satu sesi penggambaran di bangunan pencakar langit menjadi viral di media sosial, dan menjadi sasaran kritikan orang ramai.

Viktoria Odintcova, 23, melakukan aksi lagak ngeri itu di Menara Cayan setinggi 306 meter tanpa sebarang peralatan keselamatan.

Sementara itu, polis Dubai melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Gambar dan video sesi penggambaran disiarkan menerusi akaun Instagramnya, menyaksikan beliau dilihat mengambil risiko membahayakan nyawa apabila bergantung di menara itu, dengan cuma dipegang oleh seorang pembantu lelaki.

Ramai penonton, termasuk sebahagian daripada tiga juta pengikutnya di Instagram, mengkritik beliau kerana melakukan aksi itu, menyifatkan model berkenaan sebagai cuai dan menunjukkan contoh buruk kepada remaja.

Pengguna lain berkata, tiada siapa pun sepatutnya membahayakan nyawa untuk mendapati ‘like’ di media sosial atau kemasyhuran.

Video berkenaan dimuat naik Disember lalu dan ditonton lebih sejuta kali.

Dalam salah satu keterangan gambar, Odintcova mengaku gementar ketika melakukan aksi ngeri itu.

Beliau menulis: “Saya masih tidak percaya saya melakukannya. Setiap kali melihat video ini, tapak tangan saya berpeluh.” – Gulf News


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts