You are here
berita 

Kurang kasih sayang, punca remaja terjebak masalah hiperseks

Pakar kaunseling UPM Dr Siti Aishah Hassan berkata remaja yang kurang kasih sayang dan perhatian mudah terjebak dalam gejala hiperseks. — Paparan skrin Google

SERDANG, 26 Feb — Rumah sempit dan tiada pengasingan bilik anak berlainan jantina antara punca remaja mengalami ketagihan seks, kata seorang pakar kaunseling.

Profesor madya Dr Siti Aishah Hassan juga berkata anak antara 11 hingga 17 tahun mudah terjebak dalam masalah ini jika kurang kasih sayang ibu bapa, lapor Harian Metro.

“Sepanjang saya mengendalikan kes kaunseling membabitkan kes hiperseks dalam kalangan kanak-kanak, kebanyakan kes berpunca daripada ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan perasaan dan naluri anak-anak,” katanya.

Menjalankan kajian hipnoterapi psikologi dan kerohanian Islam, beliau mendedahkan 10 daripada 60 remaja berusia 13 hingga 17 tahun yang menerima kaunseling mengalami masalah terlalu aktif seks.

Remaja lelaki dan perempuan itu berasal sekitar Hulu Langat, Cheras, Ampang dan Gombak, termasuk lima penghuni pusat pemulihan akhlak.

“Ketagihan yang dialami itu akan membawa mereka untuk terus menerus melakukan hubungan intim dan sudah tentu memerlukan orang lain untuk memuaskan diri.

“Apabila pasangannya tidak bersedia dia akan mencari orang lain,” kata ahli akademik Universiti Putra Malaysia (UPM) itu lagi.

“Selain itu, hiperseks juga berlaku kerana pelakunya berasa sepi dan kurang kepercayaan diri.”

– See more at: http://www.themalaymailonline.com/pr….Ot24Ez45.dpuf

.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts