You are here
berita 

Kucing mati kepala tersepit penutup mangkuk tandas

Keadaan rumah yang penuh dengan sampah dan najis.


Keadaan kucing yang ditemui.

WEST MIDLAND – ENGLAND. Seekor anak kucing ditemui mati kehausan dengan kepalanya tersepit di dalam mangkuk tandas dipercayai cuba untuk minum.

Haiwan itu ditinggalkan bersama seekor lagi kucing yang juga mati kebuluran di rumah yang penuh dengan sampah dan najis.

Kedua-dua kucing berkenaan ditinggalkan di rumah di Stourbridge, West Mislands.

Bangkai haiwan berkenaan ditemui oleh orang awam yang mengintai melalui tingkap kediaman itu .

Selepas menerima laporan, polis dan inspektor Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animal (RSPCA) pergi ke rumah berkenaan dan menamui bangkai kucing yang dipercayai telah ditinggalkan tanpa makanan selama beberapa minggu.

“Selama 34 tahun saya berkhidmat sebagai inspektor RSPA, kejadian berkenaan masih menghantui diri saya.

“Kucing berkenaan dalam keadaan kurus dan cuba untuk minum air dalam tandas ketika dia mati,” kata inspektor RSPCA, Paul Seddon.

Sementara itu, pemilik kucing berkenaan, Karen Whittingham dihukum kerana menyebabkan penderitaan kepada haiwan itu dan gagal memberi makan dan memastikan kucing ditempatkan dalam persekitaran yang sesuai.

http://www.sinarharian.com.my/global…andas-1.596942

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts